Friday, December 31, 2010

Rentetan 2010 dalam diari saya..

2.1.2010 : Majlis Khatam Al-Quran adik yang ke 7
16.1.2010 : Hari Lahir ayah yang ke 44 tahun
22.2.2010 :Saringan Majlis Hafazan Al- Quran
23.2 hingga 9.3.2010: Minggu Peperiksaan Diploma untuk Semester 2
5.3.2010 : Hari penting
8.3.2010 : Hari Lahir Siti Balqis Solehah yang ke 5 tahun
10.3.2010 : Majlis Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sebilan (tempat Ketiga)
12- 14.3.2010 : Fasi Kursus Kepimpinan bersama bakal pengawas Maahad Ahmadi
20.3.2010 : Hari Lahir Muhammad Khairudin Mubin yang ke 11 tahun
17.4.2010 : Kajian tntang Pemesongan Akidah di Pulau Besar, Melaka
22.4.2010 : Keputusan Semester 2 ( CGPA: 3.17)
24.4.2010 : MUET
25.4.2010 : Majlis Hafazan Peringkat Kebangsaan di MiTC, Melaka
29.4.2010 : Hari Lahir Muhammad Sodiq Amin yang ke 16 tahun
1. 5.2010 : Hari LAhir yang ke 19 tahun
3.5.2010 : Saringan Majlis Tilawah Al-Quran
12.5.2010 : Hari Lahir Muhammad Abror Hakim yang ke 18 tahun
7.6.2010 : Hari suka dan duka
Rakaman Tadarus al-Quran untuk bulan Ramadan
Kemalangan dalam perjalanan pulang ke kolej
3.7.2010 : Hari Lahir Muhammad Nuruddin Bakir yang ke 3 tahun
31.7.2010 : Fasi untuk Program Hibbul Quran di Johol, Negeri Sembilan
5.8.2010 : Ulang tahun Perkahwinan Ibu dan Ayah yang ke 20
18.8.2010 : Hari Lahir Ibu yang ke 44
28.8.2010 : Hari Lahir Muhammad Hafizzudin Hasan yang ke 8
31.8.2010 : Sumbangan kepada pesakit di Hospital Tampin
25.9.2010 : Cuti Semester 3
4.10.2010 : Semester 4
14.10.2010 : Keputusan Semester 3 (CGPA: 3.18)
6. 11.2010 : Tafaqquh Perdana
12.11.2010 : Majlis Khatam Hafaz Amin
20.11.2010 : Fasi Prgram Anak soleh
1.12.2010 : Hari Lahir Siti Hawa yang ke 15 tahun
6.12.2010 : Hari LAhir Siti FAtimah Husna yang ke 10 tahun
22.12.2010 : Keputusan PMR Hawa 8A
24.12.2010 : Fasi Kem Ibadah

Thursday, December 30, 2010

Sombong Pintu Kemurkaan Allah!!

Para ulama tasawuf mentafsirkan sombong terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya:

1. Ilmu

Si alim mendalami ilmu pengetahuan namun malangnya batinnya kotor, jiwanya tercela kerana dia belum berusaha untuk mensucikan hatinya dan akhirnya sudah pastilah menghasilkan buah yang tidak baik.

2. Amal dan ibadat

Dia berharap agar orang ramai selalu menyebut warak dan taqwanya, mendapat perhatian istimewa kerana menganggap ibadahnya sebagai satu kelebihan dan budi terhadap
masyarakat. Dia memandang seolah-olah semua manusia akan binasa kecuali dirinya kerana ibadahnya mampu menyelamatkannya. Padahalanggapan begini mampu merosakkan amalannya.

3. Keturunan

Dia sombong kerana dia barasal dari keturunan yang mulia atau orang istana maka dia memandang hina pada orang yang tidak berdarjat.

4. Kecantikan

Kebiasaannya kaum wanita apabila dia merasakan dirinya cantik maka dia sering menganggap diri orang lain hodoh dan jijik dan timbullah keberanian untuk mencaci dan mendedahkan keburukan orang lain.

5. Harta

Orang kaya selalunya dihinggap penyakit sombong ini. Cara berjalan, bercakap dan tingkah lakunya sudah boleh menampakkan bahawa dia begitu sombong lebih-lebih lagi sikapnya terhadap orang yang tidak setaraf dengannya.


p/s : Moga kita dijauhkan dari sifat sombong ini. Cuba kikis sifat ini dengan mengundang, bergaul, dan menolong orang miskin..

Sunday, December 19, 2010

Sajak Aminah Qutbi

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kia akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah

Ya Allah,
sekiranya dia adalah jodohku
yang ditetapkan olehMu kepadaku
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku keranaMu
Namun..
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang kau berikan kepadaku..

p/s : Aminah Qutbi meninggal dunia di tali gantung dek tajamnya pena yang dikarang oleh beliau.

Saturday, December 18, 2010

Seambar Wangi Kasturi (bhgn 2)

Temanku sayang,
Dosa jangan ditambah,
Iman jangan ditolak,
Hiasilah hidup dengan keceriaan dan kasih sayang.
Tetapi jangan lupa..
Selimutlah dengan IMAN!!
Hidupmu pasti akan bahagia di dunia dan akhirat..

Temanku sayang,
nikmat yang paling manis, yang paling berharga,
apabila Allah mentarbiyah dengan pelbagai ujian,
Namun tautan ukhwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
Yang memberi suntikan semangat perjuangan,
Alirkan halawatul ukhwah dan iman,
Kesungguhan dalam berjuang melalui robitah hati,
Ya Allah! Peliharalah insan ini..
Dan peliharalah ukhwah antara kami..

Temanku sayang,
Kiranya jua,
Tiada cinta insan untukmu,
Biarkanlah...
Kerana cukuplah dengan mengejar cinta Allah,
nescaya pasti,
Allah akan mengurniakan insan yang mencintai PenciptaNya,
Sama seprti kita mencintai Allah,
Untukmu...

Ketahuilah,
Hidup tak selalunya indah,
Tetapi yang indah tetap dalam kenangan,
Ku suntingkan sahabat sekuntum senyum sebagai lambang kesucian
kasih sayangku..
senyum selalu..

Salam ukhwah dan mahabbah..

p/s : Ukhwah kerana Allah tak kan terputus walaupun jasad dikandung tanah..Doaku sentiasa aku kirimkan kepadamu..

Seambar Wangi Kesturi ( bhgian 1)

( Ini adalah surat yang diberikan oleh seseorang kepada saya setelah arwah pulang ke rahmatullah 5 tahun dahulu. Arwah meninggal dunia setelah mengalami kemalangan dan mati di tempat kejadian. Arwah adalah sahabat rapat saya. Kehilangan arwah tak bermakna beliau hilang dalam kenangan saya.Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Amin..)

Buatmu insan solehah..
Salam terindah ku ukirkan,
Salam sejahtera penghuni syurga,
Salam yang harumnya melebihi embun pagi,
Salam sehangat mentari dhuha,
Salam sesuci air telaga kauthsar,
Salam penghormatan dan persahabatan tiada pudar,
dalam setiap musimdan peristiwa,
Salam kecintaan dan kasih sayang,
Salam ukhwah untukmu..
Fisabilillah kerana allah..

Temanku,
Usah kau sesekali berhenti mengejar kecemerlangan kerana kecemerlangan merupakan satu perjalanan..
Bukan sekadar destinasi perhentian akhir dalam kehidupanmu..

Temanku,
Ku coretkan bingkisan madah indah untukmu,
Kau hayatilah ia dengan hatimu, jiwamu dan rohanimu..

"Jika ada sesiapa yang meminta kasihmu,
katakan ianya kepada Allah,
Jika ade sesiapa yang meminta cintamu,
katakan ianya kepada Rasulullah,
Jika ada yang meminta sayang dan rindumu,
kata ia hanya kepada ibu dan bapa.
Jika ada sesiapa yang meminta hatimu,
berikanlah ia hanya kepada yang benar-benar menghargainya..

Kau sebenarnya cukup istimewa,
Rupamu istimewa,
Wajahmu istimewa,
tetapi lebih istimewa melihat dirimu sentiasa tersenyum..

Friday, December 17, 2010

Dilema sebuah Delima..


Dulu masa kanak-kanak, ibu selalu bercerita satu kisah tentang sebuah delima sebelum saya tidur.
Cerita ini mengisahkan tentang Fatimah Az-Zahra yang jatuh sakit dan inginkan delima. Oleh kerana Saidina Ali ingin memberi sesuatu yang terbaik buat isterinya, maka beliau pun pergi ke pasar membeli buah delima. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, Saidina Ali mendapati seorang tua yang sakit di pinggir jalan. Orang tua itu tergeletak di situ selama 5 hari namun tiada sesiapa pun yang peduli padanya. Dia terlampau lapar dan menginginkan delima. Lalu, Saidina Ali pun memberi delima tersebut kepadanya walaupun beliau tahu isterinya pasti hampa dengan sikap beliau yang mementingkan orang tua itu. Ali segera pulang dan merasa malu ketika disambut oleh isterinya. Isterinya menenangkan hati Ali dengan mengatakan dia tidak lagi menginginkan buah itu ketika suaminya memberi kepada orang tua itu.

p/s : kadang-kadang kita terpaksa buat satu keputusan yang sukar kita buat dalam kehidupan kita walaupun keputusan itu mungkin akan buat kita gembira atau sedih atas apa yang kita buatkan. Dan mungkin juga dengan keputusan itu, orang di sekeliling kita akan merasa merana atau bahagia...Usah fobia dengan keputusan yang diambil. Bertawakallah. Moga Allah sentiasa bersama kamu..

Jiwa Seorang Mukmin..

Ada seekor binatang yang bernama musang, yang jika dengan luka pukulan kayu, dia menjadi semakin gemuk. Setiap kali anda pukul dengan kayu, dia menjadi lebih gemuk akibat daripada pukulan kayu itu.

Jiwa seorang mukmin pun tak ubah seperti musang. Dalam keyakinan, yang mana ditimpa dengan pelbagai kesulitan, menjadi lebih gemuk dan kuat. Oleh kerana itu, kesulitan yang menimpa nabi jauh lebih banyak daripada kesulitan yang menimpa seluruh makhluk yang ada di alam ini..

p/s : Iman juga perlu lebih kuat dan gemuk apabila ditimpa masalah..adakah iman anda begitu??
 Renung-renungkan.




Saturday, December 11, 2010

Penawar bagi hati...


Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati adalah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhanNya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaiam dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Persoalannya sekarang bagaimana kita ingin memiliki hati seperti ini?
Tentulah dengan Al-Quran dan hadis sebagai kaedah untuk mewujudkan hati-hati manusia yang mendorong mereka menenangkan kehidupan. Hati tidak teringin kepada maksiat dan dosa.

Sabda rasulullah s.a.w:

" Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu sahabat bertanya," Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya?" Rasulullah menjawab," ...membaca Al-Quran dan mengingati mati"...



p/s: Perjalanan untuk memiliki hati yang bersih menempuh pelbagai kesusahan dan penderitaan. Bersabarlah dengan ujian ini..jnjiNya pasti akan kau kecapi..

Wednesday, December 8, 2010

IT'S NOT WHAT HAPPENS TO YOU, BUT IT'S WHAT YOU DO ABOUT IT!

Musibah menimpa semua manusia. Tak kira sama ada baik atau jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah.

Bukan kerana apa yang berlaku terhadap kita tapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi, amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah meskipun musibah yang menimpa adalah sama.

Ya, kita tidak boleh mengubah musibah itu tapi kita mampu mengubahnya menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Apabila Allah menguji orang islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu menjadi petanda penglihatan hati tidak jauh dan akal yang pendek.

p/s: Dalam apa pun keadaan, jangan mengalah sebelum berusaha kerana Allah sentiasa bersama kamu.