Friday, December 17, 2010

Dilema sebuah Delima..


Dulu masa kanak-kanak, ibu selalu bercerita satu kisah tentang sebuah delima sebelum saya tidur.
Cerita ini mengisahkan tentang Fatimah Az-Zahra yang jatuh sakit dan inginkan delima. Oleh kerana Saidina Ali ingin memberi sesuatu yang terbaik buat isterinya, maka beliau pun pergi ke pasar membeli buah delima. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, Saidina Ali mendapati seorang tua yang sakit di pinggir jalan. Orang tua itu tergeletak di situ selama 5 hari namun tiada sesiapa pun yang peduli padanya. Dia terlampau lapar dan menginginkan delima. Lalu, Saidina Ali pun memberi delima tersebut kepadanya walaupun beliau tahu isterinya pasti hampa dengan sikap beliau yang mementingkan orang tua itu. Ali segera pulang dan merasa malu ketika disambut oleh isterinya. Isterinya menenangkan hati Ali dengan mengatakan dia tidak lagi menginginkan buah itu ketika suaminya memberi kepada orang tua itu.

p/s : kadang-kadang kita terpaksa buat satu keputusan yang sukar kita buat dalam kehidupan kita walaupun keputusan itu mungkin akan buat kita gembira atau sedih atas apa yang kita buatkan. Dan mungkin juga dengan keputusan itu, orang di sekeliling kita akan merasa merana atau bahagia...Usah fobia dengan keputusan yang diambil. Bertawakallah. Moga Allah sentiasa bersama kamu..

No comments:

Post a Comment