Saturday, February 5, 2011

Simbiosis dalam kehidupan i

Dengan nama Allah, Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini.
Kebelakangan ini, saya kerap bertafakur alam, bermuhasabah mencari Cinta Rabbul Alamin melalui makhluk-makhluk-Nya yg sentiasa taat.

Pemerhatian demi pemerhatian, saya sedar bahawa hidup ini merupakan 1 simbiosis. Simbiosis yang sangat luas maknanya.
Simbiosis antara hamba dan tuhan-Nya, simbiosis antara anak dan keluarganya, simbiosis antara Mujahid dan cita-cita ummah, simbiosis antara murabbi dan mutarabbinya, simbiosis antara Islam dan musuhnya, simbiosis antara khalifah dan alam yang dipertanggungjawabkan keatasnya, juga, simbiosis antara manusia dan syaitan.

Perkataan yang lahirnya dari tamadun Greek ini telah memberi ringkasan tentang "Hubungkait" dan "Kehidupan". Tapi, jika dikaji sedikit lagi, terdapat jaringan pecahan lagi dibawah makna Simbiosis ini, yang membawa makna yang berlainan.

Commensalism, Mutualism, Parasitism dan Amensalism.

Tidak perlu untuk saya huraikan makna secara terperinci, tetapi cukuplah untuk saya membawa kalian mengembara sejenak sambil mengimbau masa-masa yang telah berlalu.
10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.
Bagaimana rasanya kita ber"interaksi" dengan Allah s.w.t? Manusia di sekeliling kita? Makhluk lain yang sentiasa bertasbih di sekeliling kita? Dan bagaimana pula kita berinteraksi dengan musuh yang nyata; syaitan?
Hidup ini adalah medan ujian untuk manusia sesuai dengan firman Allah,

"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)."(Al-Mulk: 2)

Binasalah diri jika simbiosis kita antara syaitan dan juga Iblis merupakan Simbiosis Mutualism yang memberi manfaat kepada makhluk ingkar itu.
Kerana Simbiosis bagi Iblis hanyalah Parasitism yang sentiasa bermati-matian menarik berbondong-bondong anak-anak Adam a.s ke dalam neraka.

Ada yang memberi alasan; "Aku tengok ramai je orang yang kaya-raya berfoya-foya macam dah tak ingat dunia, tidak ditimpa bala, tidak menjadi miskin malah yang tidak menutup aurat dengan sempurna semakin hidup dengan gembira hari demi hari."

Sungguh rugi mereka yang beranggapan demikian.

No comments:

Post a Comment