Saturday, March 19, 2011

Hikmah musibah!

Seluruh penduduk dunia gempar apabila Jepun dilanda gempa bumi yang kuat beranggaran 8.9 pada skala Richter yang dikesan pada kedalaman 10 kilometer dan 125 kilometer di timur Jepun atau kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo pada 11 Mac lalu. Bandar Onahama di utara Jepun dilanda ombak tsunami setinggi enam meter kesan daripada gempa bumi tersebut.

Sebagai seorang yang agak peka dengan keadaan semasa, saya dengan rasa bertanggungjawab tampil membawa para pembaca membuka minda, buka mata dan buka hati mengenai isu ini.

Jepun adalah sebuah negara yang sangat terkenal dengan teknologinya yang maju. Namun, siapa sangka negara yang gah dengan alat teknologinya yang canggih tidak mampu mengesan kehadiran amaran tsunami kali ini serta tidak mampu menandingi kuasa Allah.
Firman Allah :

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui"' [ Al An'aam:73]

Namun, masih ada segolongan daripada kita yang belum nampak tanda-tanda atau amaran Allah ini, malah menyifatkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun sebagai akibat daripada kesan pembangunan yang pesat dan perubahan iklim dunia. Apakah mata hati mereka buta atau mereka masih dalam kekeliruan yang nyata?

Bukalah mata. Tragedi hari jumaat lepas bukanlah tragedi luar sangkaan tetapi itu adalah perkara yang telah Allah aturkan yang mengandungi pelbagai peringatan. Awas! Kita sebagai umat Islam atas peringatan Allah yang berbunyi :

"Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur? Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja? Apakah mereka merasa aman dari azab Allah (jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi." (Al-A'raaf 98-99)

Marilah kita mengambil iktibar di atas kekuasaan Allah yang telah ditunjukkan kepada kita selagi kia mampu menghayatinya. Jangan khuatir jika kita mundur dari arus pemodenan. Jangan gusar dengan kejatuhan ekonomi. Dan, jangan khuatir dengan prestasi negara yang merudum.

Hal ini kerana dengan mengambil Islam secara keseluruhannya, sesebuah negara pasti akan gemilang.Sebagaimana Nabi memberi contoh dalam mentadbir sesebuah negara dan bagaimana cemerlangnya sebuah tamadun khulafa Ar-Rasyidin satu masa dahulu. Mereka telah menunjukkan indikator terbaik buat kita semua supaya kita belajar dan mengambil iktibar daripadanya.

No comments:

Post a Comment